KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Sabah menyasarkan 2.2 juta kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri itu pada tahun ini, selari dengan pelancaran slogan baharu bagi destinasi pelancongan Sabah iaitu 'Feel Sabah, North Borneo'.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew pada Jumaat berkata dalam mencapai sasaran itu, pihaknya menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.
"Buat masa ini kami baharu sahaja membuka sempadan, oleh itu sasaran kami ialah kira-kira 2.2 juta kedatangan (pelancong) dan kami harap dapat mencapai sasaran tersebut, tetapi jika lebih daripada itu lebih baik.
"Berbanding senario prapandemik sebelum kami menutup sempadan, jumlah kedatangan (pelancong) di Sabah ialah 4.25 juta," katanya kepada pemberita selepas melancarkan slogan baharu Sabah Tourism iaitu 'Feel Sabah, North Borneo' pada pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di sini.
Pada majlis itu, beliau melawat Pavilion Sabah dan melepaskan konvoi 10 daripada 100 kenderaan e-hailing yang dilekatkan dengan pelekat 'Feel Sabah, North Borneo' yanng akan berada di sekitar Lembah Klang selama tiga bulan bagi tujuan promosi.
Liew berkata slogan 'Feel Sabah, North Borneo' yang digunakan itu juga adalah bagi mengembalikan sejarah Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara dan kini merupakan sebahagian daripada Malaysia.
"Kami membawa orang ramai kembali kepada sejarah Sabah dan untuk merasai alam sekitar ekopelancongan Borneo Utara yang ditawarkan. Saya percaya ramai dalam kalangan generasi muda tidak mengetahui masa lalu Sabah yang bersejarah dan 'berwarna-warni'.
"Oleh itu, di samping mereka merasai keindahan alam sekitar Sabah, kemesraan hospitaliti, warisan budaya dan haiwan liar ikonik, mereka juga dapat merasai khazanah masa lampau seperti barangan antik daripada era Borneo Utara.
"Tambahan lagi, ini menekankan lokasi geografi kami sebagai satu negeri Malaysia di bahagian utara Pulau Borneo," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Liew melepaskan peserta konvoi kenderaan e-hailing bagi mempromosikan Sabah Tourism, pada pameran MATTA di Kuala Lumpur, 17 Mac 2023. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, 2,005 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Seramai 2,005 calon SPM 2023 di Selangor peroleh semua A
Daripada 65,452 calon sekolah KPM yang menduduki SPM, seramai 2,005 calon di Selangor memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 1,860 calon pada 2022.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
[TERKINI] Pengumuman keputusan SPM 2023 peringkat negeri Selangor
11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Play Store perkenal ciri minta orang lain bayar pembelian aplikasi
Google Play Store memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna meminta orang lain membayar untuk aplikasi yang ingin dibeli.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mei 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan unjuran terhadap ekuiti Malaysia kekal stabil walaupun prestasi rendah pada Jumaat, susulan penilaian murah di samping asas ekonomi domestik yang kukuh akan memacu pasaran ke hadapan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini
Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan negeri Sabah menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.
Sabah sedia bekerjasama dengan Batik Air buka laluan penerbangan ke Indonesia
Kerajaan Sabah bersedia bekerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air untuk membuka laluan penerbangan ke Indonesia dalam usaha membangunkan negeri itu sebagai destinasi pelancongan kesihatan.
Sabah lulus RM9.5 juta untuk sektor pelancongan
Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM400,000 kepada persatuan kebudayaan untuk aktiviti kebudayaan, kesenian dan bahasa.
Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan
Sekiranya harga tiket tidak berpatutan dan melambung tinggi, ia akan menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke Sabah.
STB, Tourism Malaysia bekerjasama dalam promosi pelancongan domestik, antarabangsa
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi melaksanakan rancangan promosi pelancongan untuk pasaran domestik dan antarabangsa
Minta perolehan sektor pelancongan dinilai semula - Shafie Apdal
Kerajaan Negeri meminta supaya hasil perolehan dalam sektor pelancongan di Sabah untuk dinilai semula.